KUALA LUMPUR, 10 Februari:

Mengekalkan `jenama’ satu produk utama beliau, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman akan melancarkan jersi yang boleh membuat pemakainya kelihatan lebih cerah dan langsing.

Jersi di bawah jenama Datuk Seri Vida (DSV) akan dilancarkan esok, menurut laporan Berita Harian.

Usahawan kosmetik, yang dikenali dengan produk pemutih Qu Puteh, berkata jersi yang akan dipakai pemain bola sepak Kelantan dan juga peminatnya mempunyai kelebihan tambahan dalam aspek kesihatan, kerana `memerangkap peluh’ dan mampu membuatkan kulit kelihatan lebih cerah.

Menurutnya, jersi itu yang diperbuat daripada benang yang direka khas di China, Thailand dan Vietnam menggunakan teknologi terkini.

Benang dapat melancarkan aliran darah di samping menghasilkan lembapan dari peluh, sekaligus membakar lemak.

Sementara proses pengeringan peluh, tambah beliau, akan menjadikan kulit lebih cerah, seolah-olah pemakai baru saja melangkah keluar dari sauna.

“Bila saya ingin melakukan sesuatu, saya akan pandang ke depan dan memastikan apa yang saya lakukan memberi kebaikan kepada semua,” katanya berdasarkan laporan berita itu.

Beliau juga memaklumkan bahawa beliau mereka benang terbabit sebelum ini, untuk digabungkan ke dalam rangkaian terkini produk pelangsingan dan pencerahannya.

Menjadi penaja utama pasukan bola sepak Red Warriors Kelantan, semua pihak tertumpu kepada Dr Hasmiza berhubung syarat yang diberikan kepada pasukan itu.

Sejak Kelantan menerima tawaran beliau, banyak diperkatakan mengenai jersi masa depan pasukan bola sepak itu, dalam pembabitan Dr Hasmiza mendedahkan reka bentuknya.

Beliau juga memberitahu Berita Harian bahawa benang yang direka bentuk itu tidak mudah ditiru, bagi memastikan majlis pelancaran esok akan menjadi kejutan kepada orang ramai.

“Ia akan kelihatan seolah-olah jersi turun dari angkasa lepas,” katanya, sambil menambah bahawa jersi itu akan dijual pada harga yang berpatutan.