KOTA KINABALU, 5 Februari:

Tiada walaupun kusyen gebu boleh menenangkan Afiq Hakim Ahmad, ketika dia duduk di tengah-tengah ruang dewan dekat sini, menunggu pengantin perempuan berjalan masuk.

Kenangan berpasangan selama enam tahun mereka menjengah, membuatkan pengantin lelaki berusia 25 tahun lebih berdebar, dan dia sendiri mengakui bahawa dia boleh mendengar degupan jantung sendiri.

Tidak lama kemudian, matanya menangkap pasangan pengantin perempuannya, Ummu Syaikhah Stacy Anam berjalan masuk ke dalam dewan, ditemani ibunya, Agnes Kaloos.

“Ini kali kedua saya melihat Stacy bertudung. Saya kagum. Nafas saya terhenti, dan saya jatuh cinta sekali lagi kepadanya.

“Tetapi, saya berdebar sehingga maksimum. Malah, ketika Imam memegang memegang tangan saya, rasanya seperti mimpi. Semua kenangan saya dan Stacy terbayang-bayang, dan saya cuba untuk memberi tumpuan ketika melafazkan akad,” katanya yang mesra dikenali sebagai Akim.

Pengantin baru itu sah sebagai pasangan suami isteri selepas dua kali lafaz di hadapan Imam Matlee Dimin dari Jabatan Agama Islam Sabah pada jam 10.15 pagi ini, dengan mas kahwin sebanyak RM300.

akim - stacy2
Pengantin baru, Afiq Hakim Ahmad, atau Akim, dan Ummu Syaikhah Stacy Anam, menunjukkan cincin perkahwinan mereka selepas disatukan secara rasmi dalam majlis ringkas dan tertutup di Kota Kinabalu, hari ini. Foto TRP/ Sandra Sokial

Anak angkat Stacy, Bella Valentina Deluna juga kelihatan berpakaian putih, seperti pasangan terbabit.

Merancang untuk mempunyai anak sendiri, pasangan itu bagaimanapun belum memutuskan jumlahnya.

“Tetapi ibu mertua saya mencadangkan kami memiliki empat orang anak, manakala bapa mertua saya mahukan 12 orang. Saya belum tanya ibu bapa saya lagi.

“Bagi kami, anak adalah anugerah Alla, kami terima dengan hati yang terbuka,” kata Akim, dengan Stacy duduk rapat di sisinya.

Bagaimanapun, perancangan bulan madu pasangan pengantin baru itu perlu ditangguhkan keran Akim terikat dengan program realiti Mentor Milenia, yang masih berjalan, dengan memberi tumpuan dalam mencari dan membangunkan penghibur muda serba boleh daripada usia 17 hingga 21 tahun.

“Kami mungkin pergi (bulan madu) pada Mac atau April. Kami merancang `backpacking’ ke Eropah, tiada yang mewah, kerana kami mahu mencipta kenangan bersama,” kata Akim.

Stacy, anak kelima daripada enam beradik, mengakui berbangga mengahwini Akim kerana: “Dia memang melengkapi ciri-ciri suami. Saya yakin dia mampu membimbing saya dalam agama baru, dan terus menerima saya sepenuhnya, bagi kedua-dua baik dan buruk.”

Juara Akademi Fantasia 6 dan Akim, yang juga alumni program realiti itu, bertunang pada 26 September tahun lalu, kira-kira sebulan selepas dia memeluk Islam.

Adik beradik Stacy, Cherry dan Camellus Delelli, yang juga dikenali sebagai Chak, ketika ditemui, berkata penukaran agama adiknya tidak pernah menjadi isu di dalam keluarga mereka.

“Kami sayang dia tidak kira walau siapa pun dia, Lagipun, dia adalah adik beradik kedua yang menukar agama di dalam keluarga kami, selepas abang saya. Malah, kami mempunyai saudara mara yang beragama Islam.

“Saya berharap Akim akan menjaga adik saya dengan baik dan berharap mereka bahagia selamanya,” kata Cherry, 32..