KUALA LUMPUR, 5 Februari:

Dengan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, rakyat Malaysia dilihat bergembira dan menyambut kedatangan tahun Monyet.

Di media sosial, harapan dan dedikasi Tahun Baru Cina membanjiri internet ketika netizens menantikan kedatangan tahun baru itu.

Pengguna media sosial boleh dilihat berkongsi video dedikasi antara satu sama lain di menjelang perayaan pada hujung minggu ini.

Satu dedikasi Tahun Baru yang mendapat perkongsian tinggi di ruang siber adalah iklan video Ikea yang agak menarik.

Disiarkan di saluran YouTube rasmi, perabot dan gaya hidup gergasi menghiburkan netizens dengan klip yang memaparkan dua wanita menyediakan makan malam dengan twist yang agak menarik.

Video yang bertajuk “Persiapan Menjelang Lagenda Tahun Baru Cina” (Prepare For A Legendary Chinese New year) memperlihatkan seorang ibu dan nenek mempamerkan penguasaan “Kung Fu” mereka dalam memasak makanan untuk keluarga mereka.

Klip berdurasi 18 saat itu dimuat naik pada 7 Januari lalu dan mendapat 622,908 views selain jumlah shares di saluran media sosial.

Berpegang kepada tradisi lama mereka yang mempamerkan terbaik serta mengharukan, dedikasi Tahun Baru Cina terkini Petronas amat menyentuh hati rakyat Malaysia menerusi video bertajuk, “Budak Getah” (Rubber Boy).

Video berdurasi lima minit itu memaparkan kisah kanak-kanak lelaki yang marah dan sedih dipersenda rakan di sekolah hanya kerana dia miskin dan anak kepada penoreh getah, menyebabkan beliau digelar `Budak Getah’.

Kemarahan itu dilemparkan kepada ibunya dalam mendesak supaya ibunya lebih berusaha keras supaya mengatasi kemiskinan mereka.

Beliau bagaimanapun insaf dan memahami kesukaran ibunya mendapatkan wang, apabila dicabar turut sama merasai pengalaman bekerja di kebun getah bersama ibunya, dalam memahami makna kesukaran mendapatkan sesuap nasi.

Video yang dimuat naik pada 2 Februari lalu di saluran rasmi YouTube Petronas menerima hampir 600,000 views.

Meneruskan jalan cerita yang menjadi video viral pada Hari Raya Aidilfitri, dedikasi komersial Bank Simpanan Nasional (BSN) mengikuti kisah Aloysius, yang kini meraikan Tahun Baru Cina bersama keluarganya di rumah mertuanya yang berbangsa Melayu.

iklan2
Iklan hampir enam minit itu menceritakan kisah bapa Aloysius dan bapa mertuanya menyelesaikan pertikaian antara mereka dan membina persahabatan sepanjang hayat selepas kelahiran cucu mereka. Foto YouTube

Iklan hampir enam minit itu menceritakan kisah bapa Aloysius dan bapa mertuanya menyelesaikan pertikaian antara mereka dan membina persahabatan sepanjang hayat selepas kelahiran cucu mereka.

Video yang agak lucu dan kelakar disiarkan di YouTube itu menerima 98,000 views serta meraih komen daripada pengguna internet yang gembira dengan jalan cerita itu.

Malaysia Airlines (MAS) juga mempunyai dedikasi video Tahun Baru Cina sendiri yang turut tersebar di internet.

Video yang bertajuk, “Kemanisan Pengorbanan” mempamerkan kisah pasangan yang baru berkahwin yang kebanyakan masa mereka terpaksa berjauhan kerana kerjayanya.

Dipaparkan di YouTube rasmi syarikat penerbangan itu pada 13 Januari lalu, klip dua minit yang memaparkan cinta dua individu sedang menyambut Tahun Baru Cina, menerima 559.417 views.

Satu lagi iklan komersial yang mendapat perhatian dibuat oleh Eco World, yang menampilkan video kreatif mempamerkan peralihan perjalanan seorang lelaki dalam kehidupan.

Klip itu menyusuri kehidupan seorang lelaki yang melalui peringkat berbeza dalam kehidupan, mengatasi ketakutan dan sempadan dan mengekalkan hubungan kasih sayang dengan keluarganya.

“Kasih sayang keluarga adalah berkat terbesar dalam kehidupan,” tulis keterangan video yang disiarkan pada 2 Februari lalu

Video berdurasi tiga minit yang disiarkan di saluran YouTube rasmi syarikat itu telah menerima 159.851 views.

Link:
1. https://www.youtube.com/watch?v=Z_75wyQ2PXg

2. https://www.youtube.com/watch?v=r9i08erqdpY

3. https://www.youtube.com/watch?v=Ou7ukrsBelM

4. https://www.youtube.com/watch?v=LFFHF2eUpDM

5. https://www.youtube.com/watch?v=rhTrlso5my4