KUALA LUMPUR, 4 Februari:

Lembaga Tabung Haji mengumumkan bonus sebanyak RM3.23 bilion untuk pendepost-pendeposit bagi keuntungan 2015.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kadar bonus tahunan bagi tahun 2015 adalah pada kadar 5 peratus dan tambahan 3 peratus bagi pendeposit yang belum menunaikan haji.

Jumlah ini akan dimanfaatkan oleh hampir 8.85 juta akaun pendeposit TH yang aktif.

“Keuntungan bersih selepas zakat TH mencecah RM3.53 bilion berbanding RM2.98 bilion pada 2014 atau peningkatan sevbanyak 19 peratus.

“Ia adalah pendapatan dan keuntungan tertinggi sejak 52 tahun TH beroperasi,” katanya ketika mengumumkan prestasi kewangan TH di sini hari ini.

Pada Januari tahun lalu, TH mengumumkan bonus bagi tahun 2014 adalah 6.25 peratus dan bonus haji tambahan sebanyak 2 peratus yang berjumlah RM3.2 bilion.

Turut hadir sama Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail.