JOHOR BARU, 2 Februari:

Kerajaan Negeri Johor mengeluarkan perintah mengesahkan pengharaman 16 pendakwah Islam bebas di negeri ini.

Ini susulan dokumen, yang telah tersebar di media sosial hari ini yang mencadangkan bahawa pengharaman negeri 16 pendakwah bebas yang dianggap menimbulkan kekeliruan dalam ajaran mereka.

Dokumen itu dikatakan telah dikemukakan oleh jabatan agama Johor kepada Istana Johor untuk pengesahan pada akhir tahun lepas.

The Rakyat Post difahamkan bahawa antara personaliti agama yang disenaraikan termasuk Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin.

Pendakwah bebas lain termasuk Exco Pemuda Umno Fathul Bari dan pendakwah bebas lain seperti Rasul Dahari, Fadhlan Othman dan Dr Abu Anas Madani turut dalam senarai.

Dokumen lima muka surat, yang menyatakan kelulusan pada 31 Disember tahun lalu, turut menyenarai salah laku membabitkan 16 pendakwah itu.

Dalam mengesahkan dokumen itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Johor, Abd Mutalip Abd Rahim, berkata keputusan yang dibuat kerana pendakwah terbabit tidak selaras dengan ajaran Sunnah Wal Jama’ah.

“Saya boleh mengesahkan bahawa kami telah mengeluarkan arahan itu pada akhir tahun lalu di mana ada beberapa penceramah agama yang datang dari luar negeri untuk berdakwah di masjid-masjid dan juga tempat awam yang lain, di mana mereka telah menimbulkan kekeliruan, terutama di kalangan umat Islam.

“Pengharaman 16 pendakwah, dan beberapa nama lain yang telah dikenal pasti, tetapi mereka masih dialu-alukan ke negeri ini, cuma dilarang untuk berdakwah atau mengajar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dokumen itu dikeluarkan untuk mengekalkan kesucian dan maruah Islam berdasarkan ajaran Sunnah Wal-Jama’ah.

Abd Mutalip berkata, beberapa penceramah yang dilarang sangat popular dalam rangkaian sosial dan dilihat memburukkan individu lain yang menjadikannya satu dosa.

“Mereka tidak sesuaiĀ  di Johor kerana mereka mempromosikan mesej fitnah, menghina ulama Islam lain, dan juga menghina orang lain,” katanya.

Hari ini, The Star Online melaporkan bahawa Dr Asri mengancam untuk menyaman mereka yang bertanggungjawab ke atas dokumen itu yang mengarahkan beberapa pendakwah agama dilarang daripada berdakwah di Johor.