KUALA LUMPUR, 2 Februari 2016:

Syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengulangi kenyataan bahawa pihaknya tidak pernah dihubungi pihak berkuasa Singapura berhubung apa-apa yang berkaitan dana negara.

“1MDB merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Singapura pada Februari berhubung siasatan mereka.

“Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, 1MDB tidak dihubungi oleh mana-mana pihak berkuasa luar negara berhubung perkara yang membabitkan syarikat.

“1MDB kekal komited untuk memberi kerjasama kepada mana-mana pihak berkuasa dan siasatan, tertakluk kepada nasihat daripada pihak berkuasa yang sah dalam negara yang berkaitan, dan mengikut protokol antarabangsa yang mengawal perkara-perkara tersebut,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan syarikat berkenaan.

Dalam satu kenyataan bersama dengan Bank Negara Malaysia dan polis, katanya:

“Berhubung dengan siasatan ini, kami telah berusaha untuk terus mendapatkan maklumat daripada beberapa institusi kewangan dan menemubual beberapa individu serta telah memansuhkan sejumlah besar nombor akaun bank.

“Singapura juga turut memberi kerjasama erat dengan pihak berkuasa berkenaan termasuk di Malaysia, Switzerland dan Amerika Syarikat.”