KUALA LUMPUR, 1 Februari:

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP-Sekinchan, Ng Suee Lim berputih mata apabila kehilangan RM20,000 selepas keretanya yang diletakkan di tempat letak kereta Pekan Lama, Kuala Selangor, dipecahkan, tengahari tad.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superitenden Ruslan Abdullah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.20 tengahari tadi, ketika mangsa meletakkan kenderaan di tempat letak kereta berhadapan Public Bank di Pekan Lama untuk membuat transaksi bank.

“Selepas 10 minit kemudian, mangsa menghampiri keretanya dan mendapat cermin kereta bahagian penumpang hadapan telah pecah.

“Dalam kejadian tersebut, sekeping sampul berwarna putih yang berisi wang berjumlah RM20,000 turut hilang,” kata beliau dalam satu kenyataan media, hari ini.

Kes ini disiasat dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.