KUALA LUMPUR, 31 Januari:

“Ramai betul kaki fitnah & sh*t stirrers.”

Itu kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam status yang dimuat naik di Twitter hari ini berikutan laporan berita palsu mengaitkannya.

Ahli Parlimen Rembau itu juga berkongsi paparan laporan palsu setelah mendapat perhatian daripada penguna-pengguna Twitter.

Laporan palsu menggunakan logo portal berita Malaysiakini pada laman Facebook, melihat Khairy menyelar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dianggap cuba meraih simpati daripada rakyat.

Beberapa komen juga dibuat berikutan penafian laporan Khairy.

“Stirrers like this chief can handle professionally…for sure…,” tulis pengguna Twitter @cuam84.

“Cybertroops n haters everywhere nowdays yb,” tulis pengguna Twitter @HafizJudin.