KUALA LUMPUR, 28 Januari:

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pulau Pinang dan ketua ekonomi Dr Lim Kim Hwa berkata Pengubahsuaian Bajet mungkin melihat kerajaan menghadkan perbelanjaan mereka.

Bagaimanapun, beliau tidak berfikir bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dikurangkan atau dihapuskan.

“Kapasiti pemberian oleh kerajaan akan berkurangan, mungkin beberapa subsidi dimansuhkan.

“Sektor tertentu yang melibatkan masyarakat akan terjejas lebih daripada sektor lain.

“Tetapi ia tidak akan datang sebagai satu kejutan kepada orang ramai kerana mereka telah mengurangkan perbelanjaan mereka sejak April tahun lalu, disebabkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST),” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Beliau berkata rakyat tidak mempunyai keyakinan dalam perbelanjaan dan lebih
berhati-hati dalam membuat pembelian, seperti yang dapat dilihat kurangnya orang ramai berbelanja di pusat membeli walaupun berakhir musim perayaan.

Dr Lim berkata semakan Pengubahsuaian Bajet akan menjadi tindakan penyeimbangan oleh kerajaan untuk mengekalkan keyakinan pasaran dan keperluan untuk terus melabur.

“Jika unjuran yang terlalu cerah, pasaran tidak akan yakin.

“Jika terlalu pesimis, perbelanjaan perlu dipotong banyak,” katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa Pengubahsuaian Bajet itu berdasarkan unjuran harga minyak USD$55 setong, tetapi harga minyak jatuh merosot kepada USD$30 setong.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dijangka mengurangkan perbelanjaan 2016 dan meningkatkan sasaran defisit fiskal hari ini disebabkan kejatuhan harga minyak yang mengganggu rancangan Bajet diumumkan tiga bulan lalu.

Ahli ekonomi menjangkakan perbelanjaan bajet yang akan dipotong kira-kira 2.5%, atau hampir RM7 bilion dan sasaran defisit fiskal KDNK akan dinaikkan kepada 3.3% daripada 3.1%.