KUALA LUMPUR, 27 Januari:

Walaupun kerajaan berbangga menjadi satu-satunya negara yang membahaskan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di Parlimen, ia hanyalah “hiasan” kata Ahli Kuala Terengganu Parlimen (MP), Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah.

Beliau berkata perbincangan mengenai TPPA sepatutnya dilakukan lima tahun lalu apabila kerajaan mula mempertimbangakn TPPA, begitu juga penjelasan kepada petani dan nelayan yang akan paling teruk terjejas disebabkan perjanjian itu.

“Apa yang akan berlaku kepada nelayan dan petani yang kurang bernasib baik dan miskin di Malaysia?

“Pada sesi Parlimen yang lepas apabila saya bertanya bagaimana untuk mempersiapkan sektor pertanian kita (adalah), Menteri menjawab mereka akan menjalankan seminar dan kursus untuk mereka.

“Persoalannya ialah mengapa ini tidak dinyatakan lima tahun yang lalu pada permulaan konsep TPPA?” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata, dalam kes nelayan, TPPA akan membolehkan produk perikanan dari negara anggota memasuki pasaran tempatan, menyebabkan nelayan tempatan kerugian.

Usul untuk memutuskan samada Malaysia menyertai TPPA dibentangkan dalam satu sidang khas Parlimen selama dua hari, yang bermula semalam.

Ahli Parlimen dijangka mengundi mengenai TPPA selepas perbahasan telah ditamatkan hari ini.

Dewan Negara akan memperdebatkan dan mengundi TPPA pada 28 Januari ini.

Malaysia adalah antara 12 negara dengan Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Singapura, Mexico, New Zealand, Peru, Amerika Syarikat dan Vietnam bahawa rundingan mengenai TPPA dimuktamadkan pada 5 Oktober tahun lepas.