KUALA LUMPUR, 26 Januari:

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah untuk Lembaga Tabung Haji (TH).

Dengan pelantikan itu, Mohamed Apandi menyertai panel 10 Ahli Lembaga Pengarah TH dan kedudukannya itu kini disenaraikan dalam laman sesawang TH.

Menurut laporan The Malaysian Reserve yang memetik Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat TH, Anis Zuhani Ahmad sebagai berkata, pelantikan Mohamed Apandi adalah rasmi.

“Ya, kami boleh mengesahkan pelantikan Apandi Ali dalam Lembaga Pengarah Tabung Haji baru-baru ini,” katanya menurut laporan itu.