KUALA LUMPUR, 23 Januari:

Tiga peserta satu rombongan yang berjalan kaki dari Senawang ke Batu Caves untuk sambutan Thaipusam, maut dirempuh sebuah kereta di Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur berhampiran Seri Petaling, sebentar tadi.

Menurut laporan Berita Harian, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, tiga lagi perserta dipercayai cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta jenis BMW dipandu seorang lelaki.

Bagaimanapun, menurut laporan itu, kereta terbabit dikatakan melarikan diri sejurus kemalangan.

Sambil memetik sumber polis, Berita Harian melaporkan, mayat tiga yang maut dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Pada masa yang sama, cedera dikatakan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk dirawat.