KUALA LUMPUR, 19 Januari:

Satu objek yang disyaki bom di Kondominium Putramas 1, Jalan Kuching, di ibu negara, hanyalah kotak kosong yang dibungkus dalam plastik hitam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Mohd Sukri Kaman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan kotak disyaki berisi bom itu pada jam 5.17 petang dan anggotanya tiba di tempat kejadian tujuh minit kemudiannya.

“Komander Operasi Kanan, Zakaria Yusuf memberitahu, setibanya jentera di lokasi, pihaknya mendapati memang benar ada sebuah kotak dibalut dengan plastik hitam di atas pokok dan di bawahnya terdapat silinder gas yang disyaki mengandungi bahan letupan.

“Bagaimanapun, polis melalui Unit Pemusnah Bom dan Unit K9 telah membuat pemeriksaan 100 peratus ke atas bungkusan mencurigakan itu, tetapi keputusannya negatif, tiada apa-apa bahan atau isi di dalam bungkusan.

“Sebaliknya, hanya kotak kosong yang dibungkus plastik hitam sahaja,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.