KUALA LUMPUR, 19 Januari:

Bekas Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Mohd Bakke Salleh, akan dipanggil bagi membantu dalam prosiding siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung kemelut yang melanda syarikat itu.

Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin berkata ini bergantung kepada keputusan prosiding yang berakhir esok di mana melibatkan Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin sebagai Pengerusi 1MDB.

Prosiding adalah sebahagian daripada siasatan PAC ke dalam 1MDB.

“Beliau telah memberikan kerjasama yang baik.

“Prosiding akan disambung semula esok untuk kita bertanya lebih banyak perkara kerana hari ini baru separuh yang diselesaikan,” katanya dalam sidang akhbar selepas prosiding siasatan itu di bangunan Parlimen.

Turut hadir Naib Pengerusi PAC, Dr Tan Seng Giaw.