KUALA LUMPUR, 17 Januari:

Kolumnis mingguan Mingguan Malaysia, Awang Selamat berharap pelombong bauksit haram tidak lepas tangan dalam operasi pembersihan kawasan yang terjejas teruk akibat pencemaran bauksit di Bukit Goh, Kuantan.

Beliau mengulas lanjut mengenai kerja-kerja pembersihan di longkang, jalan serta kawasan yang terjejas dengan penyertaan daripada pelbagai jabatan dan agensi.

“Operasi pembersihan itu dijangka memakan masa selama sebulan serentak dengan langkah mengenakan moratorium selama tiga bulan.

“Awang hargai usaha yang dilakukan oleh pihak terlibat. Namun, Awang berharap beban itu ditanggung sama oleh syarikat-syarikat perlombongan.

“Ini bukan soal bencana. Sepatutnya kerja pembersihan meliputi kos adalah dibawah tanggungjawab pelombong. Jangan lepas tangan,” kata beliau didalam akhbar Mingguan Utusan Malaysia.

Selain itu, Awang Selamat turut menyentuh perkembangan bola sepak tanah air yang menyaksikan kemeriahan tajaan jutaan ringgit daripada pelbagai syarikat produk kecantikan.

Selepas pasukan Bola Sepak Kelantan, pasukan Johor Darul Takzim (JDT) pula menerima sumbangan sejumlah RM50 juta daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Islandar dan RM50 juta lagi dari anakanda beliau, Tunku Ismail.

“Ini menjadikan JDT memperoleh RM100 juta sekaligus mengekalkan reputasi sebagai pasukan negeri terkaya dalam Liga Malaysia.

“Apa pun Awang melihatnya sebagai komitmen baginda berdua kepada pembangunan JDT yang bangkit dan melonjak pencapaiannya atas peranan istana johor,” tambahnya.