SEREMBAN, 15 Januari:

Anakanda Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin ibni Tuanku Muhriz, mangkat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kuala Lumpur, pada jam 11.55 pagi tadi.

Baginda berusia 31 tahun.

Menurut kenyataan rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mat Ali Hassan, jenazah Almarhum akan dibawa ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk urusan pemakaman hari ini.

Istiadat pemakaman akan diadakan secara tertutup untuk kehadiran kerabat terdekat sahaja.

Tunku Aliff Hussein Saifuddin Al-Amin diputerakan pada 3 September 1984 dan merupakan putera bongsu daripada tiga beradik kepada pasangan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud.

Dua lagi anakanda Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani ialah Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al-‘Abidin.