KUALA LUMPUR, 14 Januari:

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Sungai Petani, Kedah sedang menjejaki seorang lelaki bagi membantu siasatan SPRM.

Lelaki yang dikenali Partho Bary merupakan warganegara Bangladesh yang memiliki pasport bernombor BA 0102239 di mana alamat terakhirnya di Taman Lobak Pasar Malam, Kulim, Kedah.

partho
Partho Bary dikehendaki SPRM

SPRM Cawangan Sungai Petani berkata, sebelum ini ada usaha untuk mengesan Partho tetapi gagal.

“Sehubungan itu, SPRM memohon Partho sendiri atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai Partho agar menghubungi dengan segera pegawai penyiasat Ps Mohd Hazrulhaiz Sapardi di talian 019-6000824 atau PPs Masri Ahmad di talian 019-5781154.

“Mereka juga boleh dihubungi melalui emel masri.ahmad@sprm.gov.my atau hazrul@sprm.gov.my,” menurut kenyataan SPRM hari ini.