KUALA LUMPUR, 11 Januari:

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, harga ubat-ubatan akan kekal pada tahap yang tidak mampu dibeli di bawah Perjanjian Perkongsan Trans-Pasifik (TPPA) di sebalik jaminan kerajaan bahawa ia tidak akan mengalami kenaikan.

Beliau berkata, syarikat farmasi, yang terbabit dalam merangka perjanjian, sudah melobi lanjutan paten yang memakan masa lebih tempoh lapan tahun untuk mengekalkan tahap keuntungan yang tinggi.

Santiago berkata, syarikat multinasional Amerika, Johnson and Johnson, yang memainkan peranan besar dalam menyediakan teks TPPA, membelanjakan ASD$8.2 bilion ke atas kajian dan pembangunan (R&D) ubat-ubatan tetapi menggandakan bajet mereka dalam pemasaran dan jualan kepada ASD$17.5 bilion, dengan keuntungan tahunan 19% tahun lalu.

Beliau berkata, syarikat Amerika lain, Pzeizer, membelanjakan ASD$ 6.6 bilion untuk R&D, selain ASD$11.4 bilion bagi pemasaran dan jualan, mencatatkan keuntungan bersih 43% iaitu USD$22 billion.

“Pertikaian yang selalu mereka buat adalah `kita perlu mendapatkan keuntungan supaya ada lebih banyak inovasi, kerana itu kita mahu lanjutkan tempoh perlindungan paten’.

“Tetapi, pertikaian ini tidak masuk akal kerana mreka membelanjakan jumlah dua kali ganda bagi pemasaran dan jualan.

“Perjanjian ini dipengaruhi oleh syarikat farmasi yang mahukan lanjutan paten supaya mereka boleh mendapat lebih banyak untuk,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan sesi dialog bersama pihak berkepentingan dan organisasi bukan kerajaan dalam sektor penjagaan kesihatan.

Dalam biologi, satu tanda era baru dalam bidang perubatan moden, Santiago berkata, Malaysia akan perlu membayar harga lebih tinggi bagi tempoh lima hingga lapan tahun pertama di bawah TPPA, sekalipun ketika ini tiada perlindungan bagi rawatan.

“Kerajaan Malaysia mengorbankan kesihatan rakyat, daripada kosong kepada lima dan mungkin sehingga lapan tahun (perlindungan).

“Ada juga yang mengatakan ia hanya sehingga lima tahun tetapi syarikat Amerika berkeras bahawa ia akan mengambil masa sehingga lapan tahun bagi data eksklusif biologi.

“Harga tidak akan naik kerana TPPA tetapi mereka akan kekal tinggi dan ia tidak akan naik, tetapi mereka akan naik kerana desakan bekalan dan permintaan, kejatuhan nilai Ringgit dan banyak faktor lain,” katanya sambil menambah bahawa menandatangani perjanjian akan melanggar polisi negara yang diterima pakai sekian lama.