KUALA LUMPUR, 31 Disember:

Polis menerima pengesahan secara lisan daripada pihak berkuasa Filipina berhubung penemuan kepala dan badan di dua lokasi di Kepulauan Jolo adalah milik mangsa culik, Bernard Then Ted Fen.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, keputusan ujian sampel asid deoksiribonukleik (DNA) menunjukkan ianya positif milik Bernard.

“Kita masih menunggu keputusan rasmi dari pihak berkuasa Filipina tetapi keluarga mangsa sudah dimaklumkan dan kerjasama akan diberikan kepada mereka.

“Kita menghormati permintaan keluarga yang tidak mahu mayat mendiang dibawa pulang sebaliknya satu upacara akan dilakukan di negara itu sebelum abunya di bawa pulang ke Malaysia,” katanya kepada media di Mess Pegawai Bukit Aman.

Bernard, 39, seorang jurutera elektrik dari Sarawak diculik sekumpulan empat lelaki bersenjata dari sebuah reatoran makanan laut di Sandakan, Sabah pada 14 Mei laku.