KUALA LUMPUR, 3 Disember:

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar boleh membawa anak sulung Sultan Sulu, Puteri Jacel Kiram dan bekas Presiden Filipina, Joseph Estrada sebagai saksi beliau.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ia bagi menyokong kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, apabila beliau dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan nanti.

“Saya sudah cakap daripada tadi, usul yang kita bawa sebenarnya satu usul untuk memberi Lembah Pantai peluang bela diri dan bawa saksi untuk maklumkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan tentang apa yang berlaku, seperti pembiaya program, lawatan dan siapa ada bersama.

“Mungkin beliau boleh bawa Estrada atau puteri itu sendiri sebagai saksi,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Jelas Azalina, ruang yang diberikan dalam Dewan Rakyat bukan untuk menjawab dan memberi penjelasan, seperti dalam kes penggantungan Ahli Parlimen DAP-Gelang Patah, Lim Kit Siang, sebelum ini.

“Jawatankuasa akan putuskan sama ada untuk buat hukuman atau terima penjelasan beliau. Ini bukan seperti kes Gelang Patah, kita beri enam bulan (penggantungan). Hukuman terpulang kepada jawatankuasa,” ujarnya.

Pautan video: