KUALA LUMPUR, 1 Disember:

Satu kejadian tanah runtuh kecil dilaporkan berlaku di kawasan perumahan Taman Orkid Desa, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, kejadian itu tidak menjejaskan sebarang struktur bangunan di sekitar kawasan terbabit.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada orang awam kira-kira jam 8.36 malam.

“Sejurus menerima laporan, saya bergegas mengerahkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi semalam.

Azizan berkata, setibanya di lokasi kejadian, terdapat runtuhan batu-bata dari lereng bukit.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.