KUALA LUMPUR, 27 November:

‘Pelbagai usul diterima di peringkat Angkatan Muda Keadilan (AMK), itu perkara biasa.’

Itu kata Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Kongres PKR Nasional peringkat sayap itu akan terus membahaskan mengenai isu-isu nasional seperti amalan biasa perhimpunan.

“Saya tidak ada respon mengenai usul tidak percaya terhadap saya itu, pada saya usul yang dibawakan pelbagai dan hala tuju AMK jelas untuk bahas isu utama,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Nik Nazmi berkata, melihat usul yang disenarai pendek dan di antara majoriti usul yang diterima adalah berkenaan pembebasan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pindaan dilakukan terhadap cara pemilihan parti dan memperkasakan Pakatan Harapan.

Terdahulu, Setiausaha AMK, Chang Lih Kang memberitahu The Malaysian Insider, pihak Jawatankuasa Usul hanya menerima lapan daripada usul yang diserahkan daripada peringkat cabang parti itu dan tiada usul sedemikian diterima.

Jelas ADUN Teja itu lagi, kra-kira 100 usul dari semua cabang dan Jawatankuasa Usul hanya menyerahkan 8 usul saja tiada usul undi tidak percaya yang dilaporkan media itu.