KUALA LUMPUR, 19 November:

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya boleh menahan pandatang asing tanpa izin (PATI) menerusi operasi bersama Jabatan Imigresen.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Kujat berkata, PDRM tidak mempunyai kuasa untuk menangkap PATI, sekiranya tidak disertai pegawai Imigresen.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud yang mempertikaikan tindakan polis menahan PATI.

Siti Mariah berkata, beliau sering melihat anggota polis menahan PATI tanpa kehadiran pegawai Imigresen.

“Saya akan mengambil maklum tentang perkara ini, tetapi bila kita mengadakan operasi polis, Imigresen akan bekerjasama.

“Walaupun pihak polis tidak ada kuasa menangkap PATI, jika ada Imigresen, mereka boleh buat tangkap terus,” katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, pagi ini.