KUALA LUMPUR, 14 November:

“Saya sangat terkejut dan sedih dengan berita serangan terbaru di Paris,” kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, menurutnya, sebagai mewakili kerajaan dan rakyat Malaysia, beliau melahirkan rasa simpati dan takziah terhadap keluarga mereka yang terlibat.

“Kerajaan Malaysia teguh bersama masyarakat antarabangsa dengan mengutuk keras serangan yang mengerikan ini,” katanya.

Pada masa sama, Wisma Putra menggesa semua pihak untuk tegas menentang keganasan.

“Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang berlaku di Paris pada 13 November 2015 yang telah meragut lebih daripada 100 nyawa yang tidak berdosa.

“Sehingga kini, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian ini,” memetik kenyataan tersebut.

Susulan daripada itu, kerajaan Malaysia menyatakan pendirian untuk bersatu dengan mangsa-mangsa keganasan berkenaan termasuk dengan pihak yang terbabit dengan insiden tersebut.

“Di saat kesedihan ini, Malaysia berdiri bersatu dengan keluarga mangsa, Kerajaan serta rakyat Perancis,” kata kenyataan itu lag