KUALA LUMPUR, 14 November:

Serangan terhadap bandar Paris awal pagi tadi menjadi sejarah hitam walaupun pasukan bola sepak Perancis berjaya menewaskan pasukan Jerman dalam perlawanan persabahatan pada hari yang sama.

Letupan akibat serangan itu dapat didengari dari Stade de France di Paris pada perlawanan Jumaat malam lalu membabitkan Perancis dan Juara Dunia.

Jurulatih Jerman, Joachim Low dilaporkan berkata “permainan tersebut dibayangi serangan itu,”.

Pasukan Jerman dipindahkan dari hotel susulan serangan tersebut selepas Perancis menang 2 berbalas 0.

Penyerang Manchester United, Anthony Martial dan pemain pertahanan Chelsea Kurt Zouma memuat naik imej ‘#PrayForParis’ dalam Twitter mereka yang kemudian dikongsikan dalam laman sosial lain, selepas serangan itu.

Bekas pemain tengah Newcastle Remy Cabella turut berkongsi kesedihannya melalui twitternya ‘#PrayForParis’.

Pemain tengah Perancis, Moussa Sissoko berkata: “Tiada kata-kata dapat mengungkapkan perasaan saya hari ini, fikiran saya untuk mangsa dan keluarga,” #RIP #United”.

Bekas pemain Arsenal dan Perancis, Thierry Henry turut terkejut dengan kejadian itu.

“Saya terkejut dengan kejadian di Paris. Saya doakan untuk semua mangsa yang insan yang tidak bersalah dan menderita sekarang,” katanya.

Bekas penyerang Arsenal, Jerman Lukas Podolski turut menulis dalam twitternya dengan logo penghormatan iaitu “Berdoalah untuk Paris”.

Pemain tengah Real Madrid Jerman, meluahkan kesedihannya dalam bahasa Jerman, iaitu “Dunia jenis apakah ini?”

Selepas perlawanan itu, kira-kira 2,000 penonton menyerbu masuk ke padang dan kira-kira 30 minit selepas wisel penamat dibunyikan.