KUALA LUMPUR, 2 Oktober:

MCA akan membuat aduan rasmi bagi membantah kenyataan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berhubung kenyataannya terhadap kaum Cina di negara ini.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, aduan itu akan dibuat menggunakan saluran Barisan Nasional (BN) untuk mengambil tindakan terhadap Tajuddin yang dilihat mampu menggugat keharmonian kaum di negara ini.

Katanya, MCA tersinggung dengan kenyataan itu di mana ia menghina kaum Cina selain meminta Tajuddin memohon maaf.

“Jelas sekali, beliau umpama takut kepada bayang-bayang sendiri kerana apa yang beliau kritik tidak pernah berlaku.

“Sebagai timbalan menteri, beliau sepatutnya menyemak fakta yang betul terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan, bukan terus mengecam komuniti Cina di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Tajuddin yang merupakan Ahli Parlimen Pasir Salak dan ahli Majlis Tertinggi Umno sebelum ini mengkritik kenyataan Duta China ke Malaysia Dr Huang Huikang pada lawatannya ke Jalan Petaling minggu lalu yang menyatakan bahawa ia hanya untuk melindungi pelancong daripada negara republik itu.

Tajuddin turut memberi amaran kepada masyarakat Cina di Malaysia untuk melempang kerana menganggap mereka boleh mendapatkan perlindungan daripada luar sekiranya aduan dibuat tentang Malaysia di luar negara.

Beliau turut menggesa masyarakat Cina di negara ini agar berhenti ‘bermimpi’ bahawa kuasa luar daripada China akan mempertahankan mereka.

Dalam pada itu, Ong berkata, masyarakat Cina di Malaysia hanya setia kepada Malaysia sahaja.

“Cina di Malaysia tidak akan berjanji setia kepada negara lain, apatah lagi membuat aduan di luar negara. Ini merupakan kenyataan Jahil yang datang daripada Tajuddin.

“Sebagai masyarakat Cina di Malaysia, kami dilahirkan dan dibesarkan di sini. Kami adalah warganegara yang sah dan ia tidak boleh disangkal lagi,” kata Ong.

Malah katanya, pada zaman pendudukan Jepun pada 1941, puluhan ribu Cina Malaysia sanggup mengorbankan nyawa untuk mempertahankan tanah air.

“Kami bersatu padu dengan kaum lain untuk berunding dengan British bagi mendapatkan menuntut kemerdekaan secara aman.

“Kami telah bekerja keras, dan dengan bantuan kaum lain, negara yang kukuh dan berbilang kaum ini berjaya dibina,” katanya.

Ong berkata, komuniti Cina di Malaysia telah memberi banyak sumbangan kepada negara dan bukan kepada ‘pihak luar’ yang hanya mendapatkan hasil daripada buruh lain.

“Justeru, kenyataan Tajuddin adalah tidak berasas sama sekali.

“Pada masa ini, negara berdepan dengan pelbagai cabaran, amity penting untuk pemimpin memimpin dengan semangat perpaduan bagi memperkukuhkan ekonomi negara.

“Pastinya kenyataan Tajuddin tidak perlu yang mana ia mampu menggugat perpaduan negara,” katanya.