KUALA LUMPUR, 2 Oktober:

Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli berbesar hati untuk Parti Amanah Negara (Amanah) selepas mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) sebagai sebuah parti politik rasmi.

“Saya beras gembira untuk mereka. Amanah kini berada dalam kedudukan yang membolehkan mereka focus kepada politik negara,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Dalam masa yang sama, beliau turut berasa yakin bahawa Amanah dapat memberi sumbangan kepada perubahan negara.

“Saya yakin mereka akan memberi sumbangan besar dalam perubahan kepada negara ini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming turut mengalu-alukan keputusan itu.

“Saya mengalu-alukan perkembangan ini. Ini adalah kejayaan setelah berdepan dengan pelbagai halangan untuk menubuhkan satu pakatan baru pembangkang bagi berdepan dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum akan datang,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.