KUCHING, 23 September:

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua diusir Jabatan Imigresen Sarawak, setibanya di Miri, hari ini.

Jurucakap jabatan itu dalam satu kenyataan memaklumkan, Pua meninggalkan Bumi Kenyalang pada jam 4.20 petang tadi, dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines dari Lapangan Terbang Miri ke ibu negara.

“Pengusiran beliau berdasarkan arahan daripada pihak berkuasa negeri,” demikian menurut kenyataan itu tanpa memberi penjelasan lanjut.

Pua tiba di Miri pada jam 9.30 pagi tadi dan dilaporkan ditahan pegawai Imigresen ketika sedang makan tengah hari di Lutong.