KUALA LUMPUR, 23 Sept:

Pengasas portal berita Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown disifatkan sebagai seorang yang penuh dengan penipuan.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan berkata, Clare sepatutnya berkempen untuk menentang pembalakan haram, 1MDB.

“Dari pejabatnya di London, Clare memainkan peranannya memutarbelitkan kenyataan berhubung perladangan kelapa sawit dan pembalakan di Sarawak untuk cuba menghapuskan reputasi semua pihak yang menjadi sasarannya.

“Berselindung di sebalik nama aktivis alam sekitar, Clare Brown hanya cuba untuk menyebarkan penipuan ke atas sasarannya dan cuba membantah mereka yang tidak berani untuk tidak bersetuju,” katanya.

Menurut beliau, Clare menyalurkan semua maklumat melalui Sarawak Report dan media sosial untuk agenda jahatnya, jauh daripada kempen yang dakwanya cuba dijalankan.

“Antara mangsanya ialah 1MDB, Taib Mahmud dan keluarga serta industry minyak sawit Malaysia berikutan ‘serangannya’ ke atas industri minyak sawit Sarawak dengan menyertai kempen terhadap peladang sawit kecil Sarawak.

“Umum mengetahui bahawa kerajaan Eropah menyalurkan dana kepada badan bukan kerajaan (NGO) dan pemerhati alam sekitar seperti The Forest Trust, WWF dan Greenpeace juga kepada Clare Brown.

“Apa yang lebih teruk adalah mereka mendakwa menyokong industry namun di sebaliknya mereka bekerja secara sulit untuk mengehadkan pengeluarannya,” katanya.

Malah katanya, pada 2011, Global News Canada melaporkan, “Clare mendakwa tidak menerima dana daripada ahli politik Malaysia dan semua pendermanya adalah dari dalam kalangan rakyat Eropah yang tiada kaitan dengan politik.

Dua tahun selepas itu katanya, Foreign Policy melaporkan; “Dana untuk radionya datang daripada ‘dermawan Eropah’ yang enggan dikenali dan pendengar juga turut menhantar derma menerusi laman web.

“Dua tahun selepas itu, kenyataannya berubah apabila The Sun Daily melaporkan, “Clare berkata, Radio Free Sarawak adalah hasil sumbangan sebuah yayasan berpemngaruh di Eropah yang memfokuskan kepada isu perhutanan. Kami turut menerima sumbangan daripada masyarakat melalui laman web sumbangan kami,” katanya.

Menurut beliau, kecenderungan Clare untuk menipu adalah jelas dalam dua peristiwa penting dalam hidupnya: Cullen Johnson dan Justo.

Pada 8 Mei 2013 menerusi Sarawak Report katanya, Clare dilihat cuba untuk menyembunyikan kerjasamanya dengan Cullen Johnson dengan mengatakan “Kami tidak tahu sama ada Cullen Johnson/Dirk Pitt adalah pejuang tulen terhadap rasuah berprofil tinggi atau seseorang yang dibayar untuk cuba memerangkap kami.”

“Agak bodoh, Clare membuat kenyataan tidak berasas sebulan selepas mahkamah di Amerika Syarikat menyabitkan Cullen Johnson dan isterinya, White.

“Selepas Toronto Star mendedahkan Cullen dan isterinya didakwa di atas penipuan dan penggubahan wang haram, Clare mengubah kenyataannya dengan menyatakan bahawa dia menyifatkan pendekatan Cullen sebagai ‘mencurigakan’,” katanya.

Menurut Huan, semua pihak diminta agar tidak terpengaruh dengan penipuan Clare dan dunia telah lama dimomokkan dengan agenda berniat jahat ini.