KUALA LUMPUR, 13 September:

Sudahlah songsang, tambah songsang tawarkan khidmat urutan erotik kepada lelaki.

Modus operandi pelancong-pelancong asing songsang dikesan yang mengambil kesempatan menawarkan khidmat seks dan urutan kepada lelaki warga tempatan dengan bayaran tertentu.

Aktiviti tidak bermoral ini bukan sahaja sukar dikesan malah lebih eksklusif kerana hanya golongan gay sahaja mengetahui mengenai mereka melalui penggunaan aplikasi khas gay di media sosial.

Tinjauan The Rakyat Post menjalankan penyiasatan terhadap cara aplikasi ini digunakan bagi mendapatkan perkhidmatan urutan gay di kalangan golongan ini tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa.

Apa yang mengejutkan, aplikasi ini mudah dimuat turun ke telefon bimbit dan ia terdiri daripada pelbagai jenis mengikut kesesuaian spesifikasi telefon pintar pengguna.

Seorang pelancong dari Filipina, Jay, yang berada di negara ini selama enam bulan, berkata dia menawarkan khidmat urutan gay kepada pelanggannya menggunakan aplikasi itu sejak hari pertama datang ke Malaysia.

Menurutnya, dia menawarkan perkhidmatan mengurut lelaki gay di rumah sewanya di Jalan Klang lama dengan bayaran RM100 setiap sesi dan bayaran tambahan dikenakan sebanyak RM50 kepada pelanggan yang mahukan urutan batin.

“Saya agak memilih untuk mengurut pelanggan kerana kebanyakkan pelanggan tidak jujur dan hanya yang benar-benar mahu membayar perkhidmatan saya akan saya layani,

“Ini pertama kali saya mengunjungi Malaysia dan mendapati lelaki gay di sini suka mendapatkan perkhidmatan urut dengan cara ini kerana lebih eksklusif dan berselindung,” katanya.

Menggunakan aplikasi gay itu dengan memaparkan susuk tubuhnya tanpa wajah, pendapatan Jay boleh menjangkau sehingga RM1500 sehingga RM2500 sebulan.

Menerusi aplikasi itu, pelanggan akan berhubung terus dengan ‘gay’ yang diminati dan memulakan perbualan berbentuk ‘text chat’ dan video, sekiranya kata putus dicapai tukang urut seperti Jay akan menetapkan harga bayaran dan mengirimkan alamat rumah kepada pelanggan.

Menurutnya, hanya menggunakan aplikasi itu Jay boleh mendapatkan dua hingga tiga orang pelanggan sehari.

Seorang lagi pelancong dari Indonesia yang mahu dikenali sebagai Putra berkata, perkhidmatan urutan gay adalah mengikut kehendak pelanggan.

Putra yang berasal dari Medan, mempelajari ilmu mengurut dari bapanya menggunakan kemahiran itu bagi memperoleh pendapatan lumayan di Malaysia.

“Saya pernah bekerja sebagai pekerja buruh binaan sewaktu pertama kali datang ke Malaysia, oleh kerana terpaksa bekerja keras dengan bayaran gaji yang kecil ia memaksa saya mencari alternatif lain,

“Saya datang semula ke Malaysia pada Ogos tahun 2014 dan menjalankan perkhidmatan mengurut refleksiologi di Bukit Bintang, namun selepas dua bulan bekerja saya dapati pendapatan mengurut lelaki gay lebih lumayan,” katanya.

Putra telah menetap di Malaysia selama setahun dan hanya pulang semula ke Indonesia setiap 14 hari atau ke Singapura bagi mendapatkan permit pelancong agar kegiatannya tidak dikesan,” katanya.

Aplikasi gay ini telah lama wujud dan ia bersifat world wide yang boleh dimuat turun ke telefon pintar secara percuma di google play untuk pengguna android dan itunes untuk apple.