KUALA LUMPUR, 16 Julai:

AmBank akan meneruskan siasatan mereka terhadap Rakyat untuk Tadbir Urus Bertanggungjawab Malaysia (CAGM) dan individu yang dikatakan pengerusinya, Zainal Abidin untuk mendapatkan identiti sebenar mereka yang bertanggungjawab dalam posting yang dibuat.

Ia merupakan respons kepada CAGM yang mendedahkan mereka hanya mempermainkan wartawan yang cuai ketika mengeluarkan ‘kenyataan pengisytiharan’ seorang staf AmBank yang mendakwa beliau dibuang kerja kerana mempersoalkan pemindahan wang berjumlah berjuta ringgit ke dalam akaun Perdana Menteri.

Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim sebelum ini berkata, sebaik sahaja indentiti dan motif dikenalpasti, pihaknya akan mengambil tindakan yang dibenarkan dalam undang-undang.

“AmBank terikat di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.”

Kedua-dua akta ini merupakan akta yang memepertahankan kerahsiaan pelanggan. Kumpulan itu mengamalkan malan-amalan yang baik dalam tadbir urus korporat menurut undang-undang dan peraturan perbankan Malaysia.

Katanya, mereka telah bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam transaksi terbuka dan telus dan akan terus mempraktikkan urusniaga begini.

“Kami ingin memberitahu pelanggan kami bahawa Kumpulan AmBank beroperasi dengan integriti yang tinggi dan perniagaan kami beroperasi seperti biasa,” katanya.

Katanya walau apapun motif disebalik penipuan ini, posting yang dibuat pada 12 dan 14 Julai, mengandungi kenyataan memfitnah dan berniat jahat terhadap Kumpulan AmBank.

“Perkara ini diburukkan lagi oleh penerbitan semula kenyataan ini dalam media penerbitan lain dan dengan itu mendapat memberi publisiti buruk. Lebih menyedihkan adalah CAGM mengaku bahawa penipuan itu ditujukan kepada pihak media dan bukan kepada kami.”