JOHOR BAHRU, 3 Julai:

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berbuka puasa bersama pemimpin UMNO Johor, hari ini.

Najib tiba sekitar jam 7 malam tadi, di kediaman rasmi Menteri Besar Johor, di Saujana.

Beliau ditemani isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib turut disambut Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin.

Muhyiddin pula tiba sekitar jam 6 petang dan sempat menghadiri majlis bacaan al-Quran.

Turut hadir, Menteri Pertahanan dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Kira-kira 1,500 tetamu hadir pada majlis berkenaan yang turut diadakan bersama majlis bacaan al-Quran tahunan di Saujana.

Difahamkan, Najib dan Muhyiddin akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Bahagian UMNO Johor, selepas majlis tersebut.