KUALA LUMPUR, 6 Ogos:

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertindak memotong kad kredit HSBC kerana mendakwa bank terbabit menutup akaun dana bantuan untuk Palestin.

Beliau dalam satu posting di akaun Facebooknya turut memuatnaik gambar sedang menggunting kad kredit bank berkenaan miliknya sebagai tanda protes.

“Memandangkan HSBC telah menutup akaun sebuah pertubuhan Islam yang membantu Palestin, saya membuat keputusan untuk membatalkan kad kredit dengan HSBC,” katanya.

Dalam akaun yang sama, beliau turut memuat naik surat rasmi dengan kepala surat kementeriannya memohon untuk membatalkan kad berkenaan daripada bank terbabit.

Minggu lalu media melaporkan bank terbabit bertindak menutup akaun yang dimiliki oleh sebuah pertubuhan membantu Palestin.