KUALA LUMPUR, 27 Jun:

Tiga keping gambar yang didakwa milik individu bernama Rozana Misbun tersebar di laman sosial Facebook.

Rozana Misbun merupakan isteri kepada legenda rock negara, Awie yang sebelum ini didakwa dipukul di tempat awam oleh suaminya.

Tiga keping gambar itu menunjukkan individu berkenaan cedera di bahagian muka dan menurut sumber itu, ia akibat dipukul seseorang.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada gambar itu sah milik Rozana atau sebaliknya.

The Rakyat Post yang cuba mendapatkan penjelasan Awie juga gagal.

Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan satu kejadian di mana seorang penyanyi rock terkenal Malaysia telah memukul isterinya di sebuah bank di Ampang, akibat salah faham antara mereka berdua yang khabarnya bermula di rumah.

Terdahulu, Awie tampil dalam sidang media yang menyifatkan dakwaan berkenaan adalah fitnah dan meminta masyarakat menunjukkan bukti sekiranya lelaki yang dimaksudkan itu adalah dirinya.