KUALA LUMPUR, 10 Jun:

Rumah bekas Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed di Bangi Mahkota, dipecah masuk perompak pagi Selasa.

Semasa kejadian, Arjunaidi tiada di rumah kerana menghadiri majlis perpisahan beliau dan serah terima tugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Tempat beliau digantikan dengan Ketua Penolong Pengarah Logistik Kewangan Bukit Aman Asisten Komisioner, Azmi Abu Kassim berkuat kuasa hari ini.

Arjunaidi ditukarkan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penipuan dan Pemalsuan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dengan memegang pangkat sama iaitu Asisten Komisioner.

Beliau ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu namun, memberitahu ia merupakan kejadian kecil dan tidak ada sebarang kerugian dialami.