Kuala Lumpur, 30 April

Proton Holdings Bhd hari ini melantik Datuk Abdul Harith Abdullah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Tan Sri Mohd Khamil Jamil, perlantikan Abdul Harith dibuat sejak 15 April lalu.

Abdul Harith ketika ditemui berkata tugas yang digalas sejak dua bulan lalu menjadikan pengumuman ini sebagai rasmi.

“Saya menjalankan tugas sejak dua bulan lalu dan pengumuman kenaikan pangkat saya ini menjadikannya rasmi,” katanya.

Pada Januari 2012, DRB-Hicom membeli 42.7% kepentingan dalam Proton daripada Khazanah Nasional Bhd dengan bayaran RM1.29 bilion.